Google
 

Friday, March 30, 2007

1
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGENALAN
Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di
Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan
perkembangan terkini terutama yang lebih jelas dapat
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuannya untuk melengkapkan keilmuan dan kemahiran
murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek
kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam
kehidupan selepas persekolahan.
Kandungan kur ikulum digubal dengan memastikan
keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan
pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran
generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri
sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni
visual.
Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu:
1. Per kembangan nilai diri telah dikenalpasti iaitu:
pendidikan dengan aktif.
2. Penguasan kemahiran dan teknologi buatan serta
Penghasilan Seni Visual.
3. Per kembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya
menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.
Modul ini merupakan panduan kepada guru dan jurulatih
untuk memberi penerangan tentang kurikulum Pendidikan
Seni Visual. Butiran dalam modul ini adalah sedutan daripada
beberapa bidang kandungan atau butiran kegiatan yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah.
Oleh kerana dokumen rasmi untuk memperjelaskan modul
adalah daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,
maka guru dan jurulatih sepatutnya memahami dan
menghayati dokumen tersebut sebelum menyampaikan
kandungan modul ini.
Untuk tujuan itu, modul ini dibahagikan kepada dua bahagian:
Bahagian 1
Penerangan ber kaitan Kandungan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Sekolah Menengah
dan Elemen Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.
Bahagian 2
Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang
mewakili bidang kegiatan dan kandungan Pendidikan Seni
Visual bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Contoh
rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di antaranya
2
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
menampakkan strategi pengajaran yang menerapkan elemen
generik yang dinyatakan dalam bahagian 1.
Sekolah Rendah
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Sekolah Menengah
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Membentuk keperibadian
Generasi Malaysia/insan y ang:
• Celik budaya/harmonis
• Nilai estetik tinggi
• Imaginatif
• Kritis
• Kreatif
• Inov atif
• Inv entif/produktif
Tingkatkan rasa:
• Kesyukuran
• Hargai keindahan
• Hargai warisan budaya
Menyumbang ke arah pembangunan:
• Diri
• Keluarga
• Masyarakat
• Negara
3
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
ORGANISASI
KURIKULUM
murid
pelbagai kegiatan seni visual
4 bidang
menggambar membuat
corak dan
rekaan
membentuk
dan membuat
binaan
mengenal kraf
tradisional
Memperkembang dan menyelaras persepsi dan
konsepsi visual murid untuk menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif
Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor, mental
yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan
persepsi visual
Pengetahuan yang dapat dimiliki:
• Mengenai bahan, alat dan teknik
• Pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip
rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi,
integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer.
Yang dipentingkan:
1. pemerhatian secara aktif
2. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
3. apresiasi seni visual secara mudah
4. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Sekolah Rendah
4
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sekolah Menengah
1. Penghasilan Seni Visual
Murid berpeluang mengaplikasikan kefahaman dalam
penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan
pelbagai alat dan bahan serta teknik. Murid juga dilatih
memberatkan pernyataan idea ber kaitan diri, masyarakat
dna negara dalam berkarya.
Bidang Penghasilan Seni Visual:
a) Asas Seni Reka
• Unsur Seni
• Prinsip Rekaan
b) Seni Halus
c) Komunikasi Visual
d) Reka Bentuk
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru
2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Bidang ini memberi peluang murid membuat kajian
pemahaman terhadap hasil seni dalam budaya tempatan
dan negara lain. Kajian perbandingan boleh dibuat untuk
memperlihatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa
melakukan sesi apresiasi dan kritikan seni.
a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia
• Seni Halus
• Kraf Tradisional dan Pr ibumi
b. Peralatan
c. Alat Permainan
d. Seni Bina
e. Kenderaan
f. Pakaian
g. Perhiasan
5
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sekolah Rendah
1. Menggambar
Menegaskan perkembangan persepsi, kemahiran dan
kemampuan murid dalam kegiatan membuat gambar
dengan pelbagai media dan teknik.
2. Membuat Corak dan Rekaan
Peluang murid memahami pelbagai cara menghasilkan
corak tidak terancang dan corak terancang serta
mengaplikasinya menjadi rekaan.
kegiatan
menggambar
secara
catan kolaj
resis montaj
stensilan
cetakan
percikan gosokan
lukisan
mozek capan
poster
gurisan
Corak tidak terancang
pualaman tiupan titisan Ikatan dan
celupan
renjisan dan
percikan
Corak terancang
lukisan catan
resis
cetakan
kolaj
capan
kaligrafi
lipatan & guntingan
6
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang
merangkumi objek 3D. Pelbagai bahan, alat dan teknik
pembuatan boleh digunakan.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Murid diperkenalkan dengan beberapa kraf. Antaranya:
Bidang ini member i kesedaran tentang adanya beberapa
jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Murid
diperkenalkan dengan fungsi, proses dan teknik
pembuatan, alat dan bahan,corak dan hiasan yang
digunakan. Namun alat. Bahan dan teknik yang akan
digunakan murid boleh dipilih alternatifnya berdasarkan
suasana dan fizikal tempat atau daerah sekolah
ditempatkan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
proses pembelajaran melalui cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan penceritaan.
Membentuk &
membuat binaan
arca timbul asemblaj mobail
topeng
stabail
origami
model
diorama
boneka
Kraf Tradisional
alat domestik
batik
tembikar
tekat
anyaman
alat pertahanan diri
tenunan
perhiasan diri
ukiran
alat
permainan
7
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sekolah Menengah
1. Penghasilan Seni Visual
Bidang ini memberi peluang mengaplikasikan kefahaman
dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka
dengan pelbagai teknik.
Bidang Penghasilan Seni Visual:
a) Asas Seni Reka
• Unsur Seni – garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan
dan w arna
• Prinsip Rekaan – harmoni, penegasan, imbangan,
kontra, irama & pergerakan,
kepelbagaian dan kesatuan.
b) Seni Halus – lukisan, catan, arca dan cetakan
c) Komunikasi Visual – reka bentuk grafik dan
multimedia.
d) Reka Bentuk – reka bentuk industri, reka bentuk
persekitaran (hiasan dalaman dan
lanskap)
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru –
tembikar/seramik, batik, ukiran kayu,
anyaman, tenunan dan tekat
2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia
• Seni Halus – Gerakan Seni Halus, pelukis,
penghasilan dan sumbangan
• Kraf Tradisional dan Pribumi – tokoh,
penghasilan dan sumbangan
b) Peralatan – senjata dan domestik
c) Alat Permainan – gasing, w au dan alat muzik
tradisional
d) Seni Bina – kediaman, masjid, wakaf, gerbang,
makam dan taman
e) Kenderaan – darat, laut atau sungai
f) Pakaian – baju kurung, baju Melayu, baju Kedah, baju
Cekak Musang
g) Perhiasan – hiasan kepala, hiasan leher, hiasan
tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang