Google
 

Sunday, May 20, 2007

RANCANGAN PENGAJARAN

KESUSASTERAAN MELAYU ( TINGKATAN 5 )
SEMESTER 1 SEMESTER 2


MINGGU

SKOP / KAJIAN


CATATAN


Minggu 1


Lukisan Zaman ( Puisi Moden )

- Pengenalan kepada Sajak

- Perkembangan sajak




Minggu 2


- Biodata penyajak

- Perkara-perkara yang perlu ada dalam pen-

ciptaan sajak




Minggu 3


Aspek kajian

- Biodata pengarang

- Tema dan persoalan

- Maksud keseluruhan




Minggu 4


- Bentuk / binaan

- Nada

- Sikap dan perasaan penyajak




Minggu 5


- Amanat dan pengajaran

- Gambaran masyarakat

- Unsur bahan




Minggu 6


Sajak Sebelum Merdeka

- Di Telapak Ibu

- Damai

- Ke Makam Bonda

- Pada Tanah Yang Indah


Aspek kajian

secara menyeluruh



Minggu 7


Sajak Tahun 60-an dan 70-an

- Apa Di Takut Pada Malam

- Kawan

- Gunung Pagi




Minggu 8


Sajak Tahun 80-an

- Akhlak

- Semalu

- Masihkah Kau Bermain Seruling




Minggu 9


Latihan / Ujian Puisi Moden




Minggu 10


Kelapa Nan Sebatang

- Pengenalan kepada cerpen

- Ciri-ciri cerpen




Minggu 11


Aspek kajian Kelapa Nan Sebatang

- Sinopsis

- Tema persoalan

- Watak perwatakan

- Plot

- Gaya bahasa

- Mesej / pengajaran

- Nilai kemanusiaan

- Unsur masyarakat / moral

- Teknik penulisan




Minguu 12


Mengkaji :-

Cerpen Lintah


Pengkajian ber-dasarkan aspek

kajian



Minggu 13


Merah Banjir Di Hulu




Minggu 14


Cincin




Minggu 15


Memori Kehidupan




Minggu 16


Demi Musim




Minggu 17


Kepulangan




Minggu 18


Nenek




Minggu 19


Latihan / ujian cerpen / kelapa Nan Sebatang

meliputi semua aspek kajian




Minggu 20


Keris Laksamana Bentan

- Pengenalan kepada drama

- Bentuk drama




Minggu 21


- Perkembangan drama

- Perkara yang dititikberatkan dalam pemen-

tasan drama




Minggu 22


- Rekaan utama

- Malang

- Matinya Seorang Pahlawan




Minggu 23


- Penantian

- Pengadilan

- Latihan / Ujian






SEMESTER 2
MINGGU

SKOP / KAJIAN

CATATAN


Minggu 1


Tumpuan kepada :-

a. Penantian


Semua aspek

kajian



Minggu 2


b. Rekaan Utama




Minggu 3


c. Pengadilan




Minggu 4


Latihan / Ujian drama secara keseluruhan




Minggu 5


Antologi Puisi ( Lukisan Zaman )

a. Puisi klasik

- pantun

- syair

- seloka

- gurindam


- Bentuk

- Ciri-ciri

- Tema / persoalan

- Gaya puitis



Minggu 6


Antologi Puisi ( Lukisan Zaman )

a. Puisi klasik

- pantun

- syair

- seloka

- gurindam


- Bentuk

- Ciri-ciri

- Tema / persoalan

- Gaya puitis



Minggu 7


Antologi Puisi ( Lukisan Zaman )

a. Puisi klasik

- pantun

- syair

- seloka

- gurindam


- Bentuk

- Ciri-ciri

- Tema / persoalan

- Gaya puitis



Minggu 8


Antologi Puisi ( Lukisan Zaman )

a. Puisi klasik

- pantun

- syair

- seloka

- gurindam


- Bentuk

- Ciri-ciri

- Tema / persoalan

- Gaya puitis



Minggu 9


b. Puisi Moden - Sajak


Aspek :-

- Bentuk

- Gaya bahasa

- Keindahan

- Nada

- Maksud puisi



Minggu 10


b. Puisi Moden - Sajak


Aspek :-

- Bentuk

- Gaya bahasa

- Keindahan

- Nada

- Maksud puisi



Minggu 11


b. Puisi Moden - Sajak


Aspek :-

- Bentuk

- Gaya bahasa

- Keindahan

- Nada

- Maksud puisi



Minggu 12


b. Puisi Moden - Sajak


Aspek :-

- Bentuk

- Gaya bahasa

- Keindahan

- Nada

- Maksud puisi



Minggu 13


Kajian novel ( Mereka Yang Tertewas )

- Ulangkaji secara keseluruhan




Minggu 14


Kajian novel ( Mereka Yang Tertewas )

- Ulangkaji secara keseluruhan




Minggu 15


Kajian novel ( Mereka Yang Tertewas )

- Ulangkaji secara keseluruhan




Minggu 16


Kajian novel ( Mereka Yang Tertewas )

- Ulangkaji secara keseluruhan




Minggu 17


Perbincangan / Ulangkaji semua teks


- Soalan tahun

lepas

- Teknik menjawab

- Latihan

- Soalan Ramalan

- Seminar Sastera



Minggu 18


Perbincangan / Ulangkaji semua teks




Minggu 19


Perbincangan / Ulangkaji semua teks




Minggu 20


Perbincangan / Ulangkaji semua teks




Minggu 21


Perbincangan / Ulangkaji semua teks




Minggu 22


Perbincangan / Ulangkaji semua teks




Minggu 23


Perbincangan / Ulangkaji semua teks

Friday, May 18, 2007

Sukatan Pelajaran Matematik KBSR

PENDAHULUAN
Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pedidikan asas. Perancangan kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi mendapat kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan. Setiap murid diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang tertentu.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) memberikan pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dalam Tahap I dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi seharian dalam Tahap II. Di samping itu kemahiran belajar dan kemahiran berfikir diserapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mata pelajaran Matematik dalam KBSR ini juga memberi tumpuan kepada penghafazan beberapa fakta yang berkaitan dengan empat operasi asas, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menegaskan penguasaan bahasa matematik, konsep dan prosedur.

Pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Untuk tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.


MATLAMAT
Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan mengembangkan murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Kedua-dua aspek ini dapat digunakan dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh bertanggungjawab. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Ilmu matematik dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berdisiplin sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara yang maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.

OBJEKTIF
Objektif pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid-murid:
menguasai kemahiran menulis angka,membilang dan menyatakan nilai tempat;
menguasai kemahiran dalam keempat-empat operasi, iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi;
menyatakan waktu dan menentukan tempoh masa serta nilai wang;
mengenal dan menamakan bentuk dan pepejal geometri serta mengetahui ciri-cirinya;
menyelesaikan masalah yang melibatkan bilangan, sukatan, timbangan, wang, jarak, ruang, dan masa;
membuat anggaran dan penghampiran; dan
merekod dan membaca sekumpulan data dalam bentuk jadual dan graf yang mudah.

ORGANISASI KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran ini menyenaraikan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kemahiran-kemahiran tesebut dikelompokkan di bawah tajuk-tajuk berikut :

Nombor Bulat dan Operasi
Pecahan dan Operasi
Perpuluhan dan Operasi
Wang
Ukuran dan Sukatan
Ruang
Purata
Peratus
Graf
Bagi setiap tajuk tersebut, kemahirannya telah disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang lebih tinggi. Dengan cara ini guru akan dapat melihat perkembangan dan skop tiap-tiap tajuk dengan mudah. Cara ini juga memberi kelonggaran kepada guru untuk merancang pemenggalan kemahiran bagi setiap penggal atau tahun mengikut kebolehan dan kecerdasan murid. Aspek penyelesaian masalah telah diintegrasikan dalam setiap tajuk apabila sesuai.


SENARAI KANDUNGAN

NOMBOR BULAT DAN OPERASI

Nombor Bulat

Menyatakan kuantiti melalui perbandingan: banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, dan lebih atau kurang.
Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 10.
Menulis angka hingga 10.
Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang satu-satu hingga 10.
Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 20.
Menulis angka hingga 20.
Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang satu-satu hingga 20.
Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 50.
Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 50.
Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang satu-satu hingga 50.
Menentukan nilai tempat puluh dan sa bagi sebarang nombor hingga 50.
Menulis angka dalam bentuk panjang puluh dan sa bagi sebarang nombor hingga 50.
Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 100.
Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 100.
Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang dua-dua, tiga-tiga, empat-empat dan lima-lima hingga 50.
Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100.
Menulis angka dalam bentuk panjang puluh dan sa bagi sebarang nombor kurang daripada 100.
Menamakan dan menentukan nilai nombor hingga 1000.
Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 1000.
Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara membilang enam-enam, tujuh-tujuh, lapan-lapan, sembilan-sembilan dan sepuluh-sepuluh sehingga 100.
Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 1000.
Membundarkan sebarang nombor dua digit atau tiga digit kepada puluh yang terdekat.
Menamakan sebarang nombor hingga 10 000.
Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 10,000.
Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 10 000.
Membundarkan sebarang nombor hingga empat digit kepada puluh dan ratus yang terdekat.
Menamakan sebarang nombor hingga 100 000.
Menulis angka bagi sebarang nombor hingga 100 000.
Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga 100 000.
Membundanrkan sebarang nombor hingga lima digit kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat.
Menamakan sebarang nombor hingga tujuh digit.
Menulis angka bagi sebarang nombor hingga tujuh digit.
Menentukan nilai tempat bagi sebarang nombor hingga tujuh digit.
Membundarkan sebarang nombor hingga tujuh digit kepada puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu yang terdekat.

Tambah

Menulis ayat matematik bagi operasi tambah melalui proses penyatuan yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya tidak lebih daripada 10.
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya tidak lebih daripada 10.
Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan hasil tambah tidak lebih daripada 10.
Menulis ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya hingga 18.
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit, hasil tambahnya hingga 18.
Menyatakan secara spontan fakta asas tambah yang melibatkan nombor hingga 18.
Menulis pengiraan tambah dalam bentuk lazim yang melibatkan dua nombor satu digit.
Menyelesaikan masalah tambah dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 18.
Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan gandaan sepuluh, hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit, tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
Menambah sebarang dua nombor dua digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
Menambah sebarang tiga nombor satu digit, hasil tambahnya tidak lebih daripada 18.
Menyelesaikan masalah tambah dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 50.
Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Menambah sebarang dua nombor dua digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Menambah sebarang tiga nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Menyelesaikan masalah tambah dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.
Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan tiga digit, dua digit dan tidak digit atau tida digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh.
Menambah sebaran dua nombor, dua digit dan dua digit, dua digit dan tiga digit atau tiga digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari puluh ke ratus.
Menambah sebarang dua nombor, satu digit dan dua digit atau satu digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus.
Menambah sebarang dua nombor, dua digit dan dua digit, dua digit dan tiga digit atau tiga digit dan tiga digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus.
Menambah sebarang dua nombor tiga digit, satu daripadanya mengandungi sifar, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus
Menambah sebarang tiga nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1000.
Menyelesaikan masalah tambah dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1000.
Menambah sebarang dua nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000.
Menambah hingga empat nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000.
Menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan hingga empat nombor dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000.
Menambah sebarang dua nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100 000.
Menambah hingga empat nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100 000.
Menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan hingga empat nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100 000.
Menambah sebarang dua nomhor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
Menambah hingga lima nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
Menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan hingga lima nombor dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.


Tolak


Menulis ayat matematik bagi operasi tolak melalui proses pengasingan yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10.
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10.
Menyatakan secara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10.
Menulis ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 18 dan bakinya nombor satu digit.
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 18 dengan nombor satu digit dan bakinya nombor satu digit.
Menyatakan secara spontan fakta asas tolak yang melibatkan nombor hingga 18.
Mencari beza antara dua nombor melalui proses perbandingan melibatkan fakta asas tolak.
Menulis pengiraan tolak dalam bentuk lazim yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 18 dan bakinya nombor satu digit.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 18.
Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor gandaan sepuluh daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
Menolak berturut-turut dua nombor satu digit daripada sebarang nombor tidak lebih daripada 18.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 50 tanpa mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor gandaan sepuluh hingga 100 dengan mengumpul semula.
Menolak semula nombor satu digit daripada sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.
Menolak dua nombor berturut-turut daripada sebarang nombor dua digit.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor hingga 100 dengan mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari puluh ke sa.
Menolak sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh.
Menolak sebarang nombor satu digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa
Menolah sebarang nombor dua digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
Menolak sebarang nombor tiga digit daripada sebarang nombor tiga digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
Menolak sebarang nombor tiga digit daripada sebarang nombor gandaan seratus dengan mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor tiga digit daripada sebarang nombor tiga digit yang mengandungi sifar dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
Menolak sebarang nombor daripada 1 000.
Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 1 000.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 1 000 dengan mengumpul semula.
Menolak sebarang nombor daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan mengumpul semula.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000.
Menolak sebarang nombor dairpada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan mengumpul semula.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000.
Menolak sebarang nombor daripada sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 000.
Menyelesaikan masalah tolak yang melibatkan sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 000.


Darab


Menulis ayat matematik bagi operasi darab melalui proses tambah berulang.
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi darab hingga sifir lima.
Menyatakan secara spontan fakta asas darab hingga 9 x 5.
Menyelesaikan masalah darab yang melibatkan fakta asas darab hingga 9 x 5.
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi darab hingga sifir sembilan.
Menyatakan secara spontan fakta asas darab hingga 9 x 9.
Menulis pengiraan darab dalam bentuk lazim hingga 9 x 9.
Menyelesaikan masalah darab yang melibatkan fakta asas darab hingga 9 x 9.
Mendarab sebarang dua nombor, gandaan sepuluh dan satu digit.
Mendarab sebarang dua nombor, dua digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh.
Mendarab sebarang dua nombor, dua digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dari sa ke puluh dan puluh ke ratus.
Menyelesaikan masalah darab yang melibatkan sebarang dua nombor, dua digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 1 000.
Mendarab sebarang dua nombor, tiga digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 10 000.
Mendarab sebarang dua nombor, dua digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 10 000.
Menyelesaikan masalah darab yang hasil darabnya kurang daripada 10 000.
Mendarab sebarang dua nombor, empat digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 100 000.
Mendarab sebarang dua nombor, tiga digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 100 000.
Menyelesaikan masalah darab yang hasil darabnya kurang daripada 100 000.
Mendarab sebarang dua nombor, lima digit dan satu digit atau enam digit dan satu digit, dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 1 000 000.
Mendarab sebarang dua nombor, empat digit dan dua digit, dengan mengumpul semula dan hasil darabnya kurang daripada 1 000 000.
Mendarab sebarang nombor tiga digit dengan 100.
Mendarab sebarang nombor tiga digit dengan 1 000.
Menyelesaikan masalah darab yang hasil darabnya tidak lebih daripada 1 000 000.

Bahagi

Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi melalui proses
a. pengumpulan
b. pengongsian
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi, songsangan fakta asas darab hingga sifir lima.
Menyatakan secara spontan fakta asas bahagi hingga 45 ¸ 5.
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan fakta asas bahagi hingga 45 ¸ 5
Melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi, songsangan fakta asas darab hingga sifir sembilan.
Menyatakan secara spontan fakta asas bahagi hingga 81 ¸ 9.
Menulis pengiraan bahagi dalam bentuk lazim hingga 81 ¸ 9.
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan fakta asas bahagi hingga 81 ¸ 9.
Membahagi sebarang nombor yang kurang daripada 1 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula dari puluh ke sa, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang kurang daripada 1 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang kurang daripada 1 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 dengan sebarang nombor gandaan sepuluh dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 1 000 dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 10 000 dengan 100 dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 10 000, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan sebarang nombor dua digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 100 000 dengan 100 dan 1 000 dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 100 000, berbaki dan tanpa baki.
Membahagi sebarang nombor yang tidak lebih daripada 1 000 000 dengan sebarang nombor satu digit dengan mengumpul semula, berbaki dan tanpa baki.
Menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan sebarang nombor tidak lebih daripada 1 000 000, berbaki dan tanpa baki.


Operasi Bercampur


Melaksanakan operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10 000.
Menyelesaikan masalah operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 10 000.
Melaksanakan operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 100 000.
Menyelesaikan masalah operasi bercampur tambah dan tolak yang melibatkan nombor tidak lebih daripada 100 000.
Melaksanakan operasi bercampur darab dan bahagi yang melibatkan nombor kurang daripada 100 000 tanpa baki.
Menyelesaikan masalah operasi bercampur darab dan bahagi yang melibatkan nombor kurang daripada 100 000.
Melaksanakan operasi bercampur yang melibatkan sebarang dua operasi daripada operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, nombornya kurang daripada 100 000.
Melaksanakan operasi bercampur yang melibatkan tanda kurung ( ). Nomborya kurang daripada 100 000.
Menyelesaikan masalah harian dengan kaedah unitari.


PECAHAN DAN OPERASI



Menamakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
Menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
Membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama hingga 10.
Membandingkan nilai sebarang dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10.
Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara.
Menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah.
Membandingkan nilai sebarang dua pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
Menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Menyatakan pecahan daripada satu kumpulan benda, yang penyebutnya hingga 10.
Menambah pecahan wajar yang penyebutnya sama hingga 10.
Menambah pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 dan tak sama.
Menambah nombor bercampur yang penyebut pecahannya hingga 10.
Menolak pecahan yang penyebutnya sama hingga 10.
Menolak pecahan yang penyebutnya hingga 10 dan tak sama.
Menolak nombor bercampur yang penyebut pecahannya hingga 10.
Mendarab pecahan dengan nombor bulat, penyebutnya hingga 10.
Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dan nombor bercampur.

PERPULUHAN DAN OPERASI



Menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Menukar pecahan persepuluh yang bernombor bulat kepada perpuluhan.
Menukar pecahan perseratus kepada perpuluhan.
Menukar pecahan perseratus yang bernombor bulat kepada perpuluhan.
Menukar pecahan perseribu kepada perpuluhan.
Menukar pecahan perseribu yang bernombor bulat kepada perpuluhan.
Menambah perpuluhan dengan perpuluhan dalam bentuk persamaan dan bentuk lazik hingga satu tempat perpuluhan.
Menambah perpuluhan dengan perpuluhan dalam bentuk persamaan dan bentuk lazim hingga dua tempat perpuluhan.
Menambah perpuluhan dengan perpuluhan dalam bentuk lazim hingga tiga tempat perpuluhan.
Menolak pepuluhan daripada perpuluhan dalam bentuk persamaan dan bentuk lazim hingga satu tempat perpuluhan.
Menolak perpuluhan daripada perpuluhan dalam bentuk persamaan danbentuk lazim hingga dua tempat perpuluhan.
Menolak perpuluhan daripada perpuluhan dalam bentuk lazim hingga tiga tempat perpuluhan.
Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit dan dua digit hingga satu tempat perpuluhan.
Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit dan dua digit hingga dua tempat perpuluhan.
Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit dan dua digit hingga tiga tempat perpuluhan.
Mendarab nombor hingga tiga tempat perpuluhan dengan 10 000 dan 1000.
Membahagi perpuluhan dengan nombor satu digit hingga tiga tempat perpuluhan.
Membahagi sebarang nombor tidak lebih daripada empat digit dengan 10 dan 100 hingga dua tempat perpuluhan.
Membahagi sebarang nombor tidak lebih daripada lima digit dengan 10 000 dan 1000 hingga tiga tempat perpuluhan.
WANG



Mengenal mata wang Malaysia hingga RM10.
Menentukan nilai duit syiling.
Menukar duit syiling.
Menentukan nilai wang kertas RM1 dan RM5.
Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM10.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM10.
Menentukan nilai wang kertas RM10, RM20 dan RM50.
Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgi dan sen hingga RM100.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM100.
Menentukan nilai wang kertas RM100 dan RM500.
Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM1000.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM1000.
Menentukan nilai wang kertas RM1000.
Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgi dan sen hingga RM10 000.
15. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM10. 000.
Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgi dan sen hingga RM100 000.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nilai wang hingga RM100 000.


UKURAN DAN SUKATAN



Masa dan Waktu


Menamakan bahagian-bahagian dalam sehari : Pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam.
Menyatakan waktu dalam jam.
Menyatakan waktu dalam jam dan minit.
Menyatakan waktu dalam pecahan jam.
Membaca maklumat daripada kalendar : Hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun.
Membaca maklumat daripada jadual waktu.
Membina jadual harian diri.
Menentukan tempoh masa : Saat, minit, jam.
Mendapatkan maklumat yang melibatkan tempoh masa daripada jadual waktu.
Membina jadual waktu.
Menyelesaikan masalah yang melibatkan jadual waktu.
Menentukan tempoh masa : hari, minggu, bulan, tahun, dekad, dan abad.
Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan waktu dan masa bagi pekerjaan dan peristiwa.
Mengenal sistem 24 jam.



Ukuran Panjang
Mengenal unit meter.
Mengukur dalam unit meter.
Membuat anggaran dalam unit meter.
Menyelesikan masalah harian yang melibatkan unit ukuran meter.
Mengenal unit sentimeter.
Mengukur dalam unit sentimeter.
Membuat anggaran dalam unit sentimeter.
Menukar ukuran meter kepada sentimeter dan sentimeter kepada meter.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit ukuran sentimeter dan meter.
Mengenal unit milimeter.
Menukar dripada satu unit kepada unit lain yang melibatkan meter, sentimeter, dan milimeter dengan menggunakan perpuluhan.
Mengenal unit kilometer.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit ukuran sentimeter, meter, dan kilometer.


Timbangan Berat


Mengenal unit kilogram.
Menimbang dalam unit kilogram.
Membuat anggaran dalam unit kilogram.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit kilogram.
Mengenal unit gram.
Menimbang dalam unit gram.
Membuat anggaran berant dalam unit gram.
Menukar berat dalam kilogram kepada gram dan sebaliknya.
Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan berat dalam unit kilogram dan unit gram.
Isipadu Cecair
Mengenal unit liter.
Menyukat dalam unit liter.
Membuat anggaran dalam unit liter.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan unit liter.
Mengenal unit mililiter.
Menyukat dalam unit mililiter.
Membuat anggaran isipadu cecair dalam unit mililiter.
Menukar isipadu cecair dalam unit lier kepada unit mililiter dan sebaliknya.
Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan isipadu cecair dalam unit liter dan unit mililiter.
RUANG




Menamakan bentuk : segiempat samam segiempat tepat, segitiga sama sisi, segitiga sama kaki dan bulatan.
Menyatakan ciri-ciri mudah bentuk : segiempat sama, segiempat tepat, segitiga sama sisi, segitiga sama kaki dan bulatan.
Menamakan pepejal : kubus, kuboid, piramid tapak segiempat sama, piramid tapak segiempat tepat, sfera, silinder, dan kon.
Menyatkaan ciri-ciri mudah pepejal : kubus, kuboid, piramid tapak segiempat sama, piramid tapak segiempat tepat, sfera, silinder, dan kon.
Melukis bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga, dan bulatan.
Menentukan perimeter bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.
Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan perimeter.
Menyatakan ciri-ciri pemukaan dan rajah : permukaan melengkung dan satah; rajah tertutup dan rajah terbuka.
Menytakan panjang dan lebar bentuk segiempat sama dan segiempat tepat.
Menyatakan tapak dan tinggi segitiga.
Menentukan luas segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga.
Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan luas.
Menentukan isipadu kubus dan kuboid.
PURATA




Mengira purata bagi dua hingga lima kuantiti, setiap nombornya tidak lebih daripada 1000.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan purata berkaitan dengan ukuran panjang, timbang berat, isipadu cecair, masa, wang dan bilangan benda atau orang.


PERATUS



Menukar pecahan perseratus kepada bentuk peratus.
Menyatakan pecayan wajar yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 dalam peratus.
Menukar peratus kepada pecahan dalam bentuk termudah.
Menukar sebarang nombor hingga dua tempat perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya.
Mencari nilai peratus yang melibatkan wang, timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, masa, benda, atau orang.
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan peratus berkaitan dengan benda, orang, wang, markah, panjang, berat, isipadu cecair, dan masa.


GRAF




Mengenal piktograf dan graf palang.
Mendapatkan maklumat daripada piktograf dan graf palang.
Membina graf yang berkaitan dengan bilangan benda atau orang, wang, ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair, dan masa.

Labels:

Tuesday, April 24, 2007




Monday, April 23, 2007

Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.



MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.



OBJEKTIF

Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:

mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.


STRSTEGI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.



PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.



PENYERAPAN


Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.


PENGAYAAN


Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.


PEMULIHAN


Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.


PENILAIAN


Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Labels:

Wednesday, April 18, 2007

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.Penemuan merupakan sifat utama inkuri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah rendah, murid memerlukan bimbingan dan panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian masalah.Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru.Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek.


Eksperimen
Menguji hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Perbincangan
Murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih dan mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

Simulasi
Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

Sunday, April 15, 2007

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu(KBSR)

PENDAHULUAN
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.


OBJEKTIF

Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:

  • mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
  • bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
  • membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
  • menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
  • menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
  • memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
  • menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
  • menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
  • menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
  • memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
  • menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

STRSTEGI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.


PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

PENYERAPAN

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.

PENGAYAAN

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

PEMULIHAN

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.


PENILAIAN

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Labels:

Friday, March 30, 2007

1
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGENALAN
Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di
Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan
perkembangan terkini terutama yang lebih jelas dapat
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuannya untuk melengkapkan keilmuan dan kemahiran
murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek
kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam
kehidupan selepas persekolahan.
Kandungan kur ikulum digubal dengan memastikan
keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan
pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran
generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri
sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni
visual.
Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu:
1. Per kembangan nilai diri telah dikenalpasti iaitu:
pendidikan dengan aktif.
2. Penguasan kemahiran dan teknologi buatan serta
Penghasilan Seni Visual.
3. Per kembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya
menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.
Modul ini merupakan panduan kepada guru dan jurulatih
untuk memberi penerangan tentang kurikulum Pendidikan
Seni Visual. Butiran dalam modul ini adalah sedutan daripada
beberapa bidang kandungan atau butiran kegiatan yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah.
Oleh kerana dokumen rasmi untuk memperjelaskan modul
adalah daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,
maka guru dan jurulatih sepatutnya memahami dan
menghayati dokumen tersebut sebelum menyampaikan
kandungan modul ini.
Untuk tujuan itu, modul ini dibahagikan kepada dua bahagian:
Bahagian 1
Penerangan ber kaitan Kandungan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Sekolah Menengah
dan Elemen Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.
Bahagian 2
Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang
mewakili bidang kegiatan dan kandungan Pendidikan Seni
Visual bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Contoh
rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di antaranya
2
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
menampakkan strategi pengajaran yang menerapkan elemen
generik yang dinyatakan dalam bahagian 1.
Sekolah Rendah
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Sekolah Menengah
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Sekolah Menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Membentuk keperibadian
Generasi Malaysia/insan y ang:
• Celik budaya/harmonis
• Nilai estetik tinggi
• Imaginatif
• Kritis
• Kreatif
• Inov atif
• Inv entif/produktif
Tingkatkan rasa:
• Kesyukuran
• Hargai keindahan
• Hargai warisan budaya
Menyumbang ke arah pembangunan:
• Diri
• Keluarga
• Masyarakat
• Negara
3
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
ORGANISASI
KURIKULUM
murid
pelbagai kegiatan seni visual
4 bidang
menggambar membuat
corak dan
rekaan
membentuk
dan membuat
binaan
mengenal kraf
tradisional
Memperkembang dan menyelaras persepsi dan
konsepsi visual murid untuk menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif
Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor, mental
yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan
persepsi visual
Pengetahuan yang dapat dimiliki:
• Mengenai bahan, alat dan teknik
• Pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip
rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi,
integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer.
Yang dipentingkan:
1. pemerhatian secara aktif
2. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
3. apresiasi seni visual secara mudah
4. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Sekolah Rendah
4
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sekolah Menengah
1. Penghasilan Seni Visual
Murid berpeluang mengaplikasikan kefahaman dalam
penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan
pelbagai alat dan bahan serta teknik. Murid juga dilatih
memberatkan pernyataan idea ber kaitan diri, masyarakat
dna negara dalam berkarya.
Bidang Penghasilan Seni Visual:
a) Asas Seni Reka
• Unsur Seni
• Prinsip Rekaan
b) Seni Halus
c) Komunikasi Visual
d) Reka Bentuk
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru
2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Bidang ini memberi peluang murid membuat kajian
pemahaman terhadap hasil seni dalam budaya tempatan
dan negara lain. Kajian perbandingan boleh dibuat untuk
memperlihatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa
melakukan sesi apresiasi dan kritikan seni.
a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia
• Seni Halus
• Kraf Tradisional dan Pr ibumi
b. Peralatan
c. Alat Permainan
d. Seni Bina
e. Kenderaan
f. Pakaian
g. Perhiasan
5
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sekolah Rendah
1. Menggambar
Menegaskan perkembangan persepsi, kemahiran dan
kemampuan murid dalam kegiatan membuat gambar
dengan pelbagai media dan teknik.
2. Membuat Corak dan Rekaan
Peluang murid memahami pelbagai cara menghasilkan
corak tidak terancang dan corak terancang serta
mengaplikasinya menjadi rekaan.
kegiatan
menggambar
secara
catan kolaj
resis montaj
stensilan
cetakan
percikan gosokan
lukisan
mozek capan
poster
gurisan
Corak tidak terancang
pualaman tiupan titisan Ikatan dan
celupan
renjisan dan
percikan
Corak terancang
lukisan catan
resis
cetakan
kolaj
capan
kaligrafi
lipatan & guntingan
6
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang
merangkumi objek 3D. Pelbagai bahan, alat dan teknik
pembuatan boleh digunakan.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Murid diperkenalkan dengan beberapa kraf. Antaranya:
Bidang ini member i kesedaran tentang adanya beberapa
jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Murid
diperkenalkan dengan fungsi, proses dan teknik
pembuatan, alat dan bahan,corak dan hiasan yang
digunakan. Namun alat. Bahan dan teknik yang akan
digunakan murid boleh dipilih alternatifnya berdasarkan
suasana dan fizikal tempat atau daerah sekolah
ditempatkan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
proses pembelajaran melalui cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan penceritaan.
Membentuk &
membuat binaan
arca timbul asemblaj mobail
topeng
stabail
origami
model
diorama
boneka
Kraf Tradisional
alat domestik
batik
tembikar
tekat
anyaman
alat pertahanan diri
tenunan
perhiasan diri
ukiran
alat
permainan
7
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sekolah Menengah
1. Penghasilan Seni Visual
Bidang ini memberi peluang mengaplikasikan kefahaman
dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka
dengan pelbagai teknik.
Bidang Penghasilan Seni Visual:
a) Asas Seni Reka
• Unsur Seni – garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan
dan w arna
• Prinsip Rekaan – harmoni, penegasan, imbangan,
kontra, irama & pergerakan,
kepelbagaian dan kesatuan.
b) Seni Halus – lukisan, catan, arca dan cetakan
c) Komunikasi Visual – reka bentuk grafik dan
multimedia.
d) Reka Bentuk – reka bentuk industri, reka bentuk
persekitaran (hiasan dalaman dan
lanskap)
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru –
tembikar/seramik, batik, ukiran kayu,
anyaman, tenunan dan tekat
2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia
• Seni Halus – Gerakan Seni Halus, pelukis,
penghasilan dan sumbangan
• Kraf Tradisional dan Pribumi – tokoh,
penghasilan dan sumbangan
b) Peralatan – senjata dan domestik
c) Alat Permainan – gasing, w au dan alat muzik
tradisional
d) Seni Bina – kediaman, masjid, wakaf, gerbang,
makam dan taman
e) Kenderaan – darat, laut atau sungai
f) Pakaian – baju kurung, baju Melayu, baju Kedah, baju
Cekak Musang
g) Perhiasan – hiasan kepala, hiasan leher, hiasan
tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang